Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 adalah saat yang dinantikan oleh pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara. Bagi membantu pelajar dan ibu bapa membuat persediaan rapi, kami kongsikan jadual SPM 2025 dan tarikh penting yang telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
JADUAL WAKTU UJIAN BERTUTUR
JADUAL SIDANG UJIAN BERTUTUR
1103/3 BAHASA MELAYU KERTAS 3
3 – 6 NOVEMBER 2025

JADUAL SIDANG UJIAN BERTUTUR
1119/3 BAHASA INGGERIS KERTAS 3
10 – 13 NOVEMBER 2025

JADUAL WAKTU UJIAN AMALI
JADUAL SIDANG UJIAN AMALI SAINS
4531/3 FIZIK KERTAS 3
17 NOVEMBER 2025

JADUAL SIDANG UJIAN AMALI SAINS
4541/3 KIMIA KERTAS 3
18 NOVEMBER 2025

JADUAL SIDANG UJIAN AMALI SAINS
4551/3 BIOLOGI KERTAS 3
19 NOVEMBER 2025

JADUAL SIDANG UJIAN AMALI SAINS
4561/3 SAINS TAMBAHAN KERTAS 3
19 NOVEMBER 2025

JADUAL WAKTU UJIAN MENDENGAR
JADUAL UJIAN MENDENGAR
1103/4 BAHASA MELAYU KERTAS 4 & 1119/4 BAHASA INGGERIS KERTAS 4
20 NOVEMBER 2025

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS
25 NOVEMBER – 23 DISEMBER 2025









Untuk mendapatkan jadual penuh peperiksaan, calon disarankan melayari laman web rasmi Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my.
Persediaan Menghadapi SPM 2025
Agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan, calon boleh mengamalkan beberapa tip berikut:
- Susun Jadual Belajar: Atur masa untuk mengulang kaji setiap subjek secara berkala.
- Hadiri Kelas Tambahan: Sertai kelas tambahan atau tuisyen untuk memperkukuh pemahaman.
- Latihan Soalan Peperiksaan: Gunakan soalan SPM tahun-tahun lepas sebagai latihan.
- Jaga Kesihatan: Pastikan cukup rehat, makan seimbang, dan bersenam untuk kekal bertenaga.
Rujukan dan Maklumat Terkini
Untuk sebarang kemas kini atau pindaan pada jadual SPM 2025, sila rujuk laman web rasmi atau hubungi pihak sekolah. Dengan perancangan yang baik dan usaha berterusan, semoga semua calon dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.
Selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2025!