Kalendar Malaysia 2027 – Kalendar Kuda Tradisional
Jadual Peperiksaan SPM 2026
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 merupakan detik penting bagi pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara. Untuk membantu pelajar dan ibu bapa membuat persediaan dengan sebaiknya, kami kongsikan jadual SPM 2026 serta tarikh-tarikh penting yang diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
JADUAL UJIAN LISAN
JADUAL SESI UJIAN LISAN
1103/3 BAHASA MELAYU KERTAS 3
26 – 29 OKTOBER 2026
JADUAL SESI UJIAN LISAN
1119/3 BAHASA INGGERIS KERTAS 3
2 – 5 NOVEMBER 2026
JADUAL UJIAN AMALI
JADUAL UJIAN AMALI SAINS
4531/3 FIZIK KERTAS 3
16 NOVEMBER 2026
JADUAL UJIAN AMALI SAINS
4541/3 KIMIA KERTAS 3
17 NOVEMBER 2026
JADUAL UJIAN AMALI SAINS
4551/3 BIOLOGI KERTAS 3
18 NOVEMBER 2026
JADUAL UJIAN AMALI SAINS
4561/3 SAINS TAMBAHAN KERTAS 3
18 NOVEMBER 2026
JADUAL UJIAN BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS
JADUAL UJIAN BERTULIS & MENDENGAR
1103 BAHASA MELAYU KERTAS 1, 2, 4 &
1119 BAHASA INGGERIS KERTAS 1, 2, 4
23 NOVEMBER – 24 NOVEMBER 2026
JADUAL PEPERIKSAAN BERTULIS
JADUAL PEPERIKSAAN BERTULIS
25 NOVEMBER – 17 DISEMBER 2026
Untuk jadual peperiksaan yang lengkap, calon dinasihatkan melayari laman web rasmi Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my.
PERSEDIAAN UNTUK SPM 2026
- Susun Jadual Belajar: Rancang masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran secara berkala.
- Hadiri Kelas Tambahan: Sertai kelas tambahan atau tuisyen untuk pemahaman yang lebih baik.
- Buat Latihan Soalan Lepas: Gunakan soalan-soalan SPM tahun lepas untuk latihan.
- Jaga Kesihatan: Pastikan rehat yang cukup, makan seimbang, dan bersenam untuk kekal bertenaga.
RUJUKAN DAN KEMASKINI TERKINI
Sebarang kemaskini atau perubahan kepada jadual SPM 2026, sila rujuk laman web rasmi atau hubungi pihak sekolah. Dengan perancangan yang rapi dan usaha yang berterusan, kami doakan semua calon mencapai kejayaan yang cemerlang.
Selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026!
Kalendar Malaysia 2026 (Cuti Sekolah)
Cuti Sekolah Tambahan Hari Raya Aidilfitri 2026 Diumumkan oleh KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberikan cuti sekolah tambahan bagi memberi peluang kepada keluarga membuat persiapan dan merancang perjalanan dengan lebih selamat sempena Hari Raya Aidilfitri. Dengan penambahan 18 Mac sebagai cuti sekolah di seluruh negara, tarikh cuti tambahan adalah seperti berikut:
Kumpulan A (Kedah, Kelantan, Terengganu):
18 dan 19 Mac (Rabu & Khamis)
Kumpulan B (Johor, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor):
18, 19 dan 20 Mac (Rabu, Khamis & Jumaat)


Layari www.malaysiacalendar.com untuk maklumat terkini mengenai kalendar Malaysia bagi tahun 2026.
Cuti Thaipusam & Hari Wilayah 2026: Pekerja KL, Putrajaya dan Labuan Layak Cuti Ganti
Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan sebagai hari kelepasan am bagi 2026, yang masing-masing jatuh pada 1 Februari.
Pekerja yang bertugas di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan layak menerima dua hari cuti tambahan sebagai cuti ganti bagi sambutan Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan. Sehubungan itu, hari Isnin dan Selasa pada minggu berkenaan ditetapkan sebagai cuti gantian jika majikan telah memilih Thaipusam sebagai salah satu daripada enam cuti umum pilihan, dan pekerja akan kembali bertugas mulai hari Rabu.

Sumber:
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0d6V77qQbfUXnXHG76x2p1oTUPKNTXU6FauL9oLcdMAxJ3kFGqXkaH82JsZhbNHBSl&id=61550289544199&rdid=kTvH4ojWvl37EwE
Layari www.malaysiacalendar.com untuk maklumat terkini mengenai kalendar Malaysia bagi tahun 2026.
MalaysiaCalendar #malaysia #Malaysia2026 #thaipusam
Jadual Gaji 2026
Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2026 – JANM
Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengumumkan senarai tarikh rasmi pembayaran gaji untuk semua penjawat awam di Malaysia bagi tahun 2026.
TARIKH PEMBAYARAN EMOLUMEN BULANAN BAGI TAHUN 2026
| BULAN | TARIKH | HARI | CATATAN |
|---|---|---|---|
| Januari | 22.01.2026 | Khamis | |
| Februari | 12.02.2026 | Khamis | Tahun Baharu Cina 17 & 18 Februari 2026 (Selasa & Rabu) |
| Mac | 16.03.2026 | Isnin | Hari Raya Puasa 21 & 22 Mac 2026 (Sabtu & Ahad) |
| April | 20.04.2026 | Isnin | |
| Mei | 21.05.2026 | Khamis | Hari Raya Haji 27 & 28 Mei 2026 (Rabu & Khamis) |
| Jun | 25.06.2026 | Khamis | |
| Julai | 23.07.2026 | Khamis | |
| Ogos | 24.08.2026 | Isnin | |
| September | 24.09.2026 | Khamis | |
| Oktober | 22.10.2026 | Khamis | |
| November | 25.11.2026 | Rabu | Hari Deepavali 8 November 2026 (Ahad) |
| Disember | 21.12.2026 | Isnin | Hari Krismas 25 Disember 2026 (Jumaat) |
Jadual Gaji 2025
Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025 – JANM
Sila klik sini untuk jadual gaji 2026.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengumumkan senarai tarikh rasmi pembayaran gaji untuk semua penjawat awam di Malaysia bagi tahun 2025.


































































