Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengeluarkan jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi bulan Ramadan tahun 2025 (Masihi) atau 1446 (Hijrah) melalui portal rasmi mereka. Jadual tersebut disediakan untuk semua negeri di Malaysia.
Jadual atau takwim ini akan membantu umat Islam di seluruh negara untuk merujuk waktu berbuka puasa dan imsak semasa menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan Al-Mubarak. Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadan 2025 bersamaan 1446H bagi seluruh negeri di Malaysia boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang rasmi JAKIM atau dengan mengklik pautan mengikut nama negeri yang tersedia.
Tarikh Buka Sekolah & Takwim Sekolah KPM Sesi 2025/2026
Sesi persekolahan bagi sesi akademik 2025/2026 akan bermula pada tarikh berikut:
Kumpulan A (Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) : 16 Feb 2025
Kumpulan B (Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya) : 17 Feb 2025
TAKWIM AKADEMIK SESI 2025 / 2026 SEKOLAH KPM (KUMPULAN A)
TAKWIM AKADEMIK SESI 2025 / 2026 SEKOLAH KPM (KUMPULAN B)
CUTI PERAYAAN SESI 2025 / 2026
Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan