Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan sebagai hari kelepasan am bagi 2026, yang masing-masing jatuh pada 1 Februari.
Pekerja yang bertugas di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan layak menerima dua hari cuti tambahan sebagai cuti ganti bagi sambutan Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan. Sehubungan itu, hari Isnin dan Selasa pada minggu berkenaan ditetapkan sebagai cuti gantian jika majikan telah memilih Thaipusam sebagai salah satu daripada enam cuti umum pilihan, dan pekerja akan kembali bertugas mulai hari Rabu.

Sumber:
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0d6V77qQbfUXnXHG76x2p1oTUPKNTXU6FauL9oLcdMAxJ3kFGqXkaH82JsZhbNHBSl&id=61550289544199&rdid=kTvH4ojWvl37EwE
Layari www.malaysiacalendar.com untuk maklumat terkini mengenai kalendar Malaysia bagi tahun 2026.